passer by since 1st feb 2010

Tuesday, January 10, 2012

tolong lah si perempuan desperado ini!!

"Feeling gratitude and not expressing it is like wrapping a present and not giving it."
-William Arthur Ward



assalamualaikum, hai semua :)



masih di port dickson. syg tengah berselubung dengan cik puan mem besar. aku pulak tengah santai-santai minum iced coffee dunkin donuts (hasil rembatan di DD tol sungai besi semalam) sementara tunggu appointment nak ber-SPA bagai dalam pukul empat nanti.


kitorang memang macam ni. selalu kalau pergi jalan-jalan, part yang paling mengancam is, lepak dekat bilik hotel. itu yang kalau nak melepek, pantang je nak pulun hotel yang gempak-gempak (syg eh, bukan aku). huhu. dengan cik puan aina yang sudah semakin petah bercakap ni, kejap-kejap, "mama, nak mandi kolam (bath tub)". "nak air panasssss" etc.etc. ewahhh, si kenit ni. nasib dia tak mintak, "mama nak ikut pergi Spa." tu memang lemakk lah. memang boleh mendatangkan maraahhh. HAHAHA.


tapi cik puan memang dah kuat melaram sekarang ni. asyik nak tiru je mama buat apa. mama pakai bedak, dia pun nak bedak. mama pakai blusher, dia nak jugak. sampai mama pakai maskara pun dia melompat nak jugak. paling tak tahan tu, bila aku tengah ber-facial care before tidur, dia pun samaaaaaa jugak berdiri depan mama dekat cermin belek-belek muka. HAHA. terpaksa lah mama siapkan satu beg mekap untuk cik puan. lengkap dengan semuanya, except for, semua nya dah habis. thehehhe. aku bagi dia compact powder, lipstick aku yang dah habis guna. nak puaskan lagi hati dia, aku belikan lip bum nivea satu untuk dia. letak dalam handbag dia. dah, jangan kacau mama punya :P. hehehhe.



okey, okey.



aku sebenarnya tengah mencari idea ni. idea nak belikan hadiah apa untuk syg sempena anniversary kami. yelah, aku dah dapat apa yang aku nak, takkan lah syg tak dapat apa-apa pulak. ish,ish. *isteri mithali ni* ptuihh. hahahha.


dalam pada aku duk mithali tu, boleh pulak aku terfikir eh. terasa nak beli something untuk syg yang boleh diguna bersama. HAHAHAHHA. taktik baekk beb. contohnya macam,


.

.

.





yang ni memang aku setuju sangat. ehh, macam nak suruh orang beli untuk aku pulak. HAHAHHA. takde lah, aku memang dah lama nak beli, cuma tunggu masa yang sesuai je. dan nampaknya macam sudah tiba itu masa. errr, tapi syg bukan nye teringin sangat ipad ni. silap-silap jadik hak milik cik puan. haa, bagus jugak. takde lah asyik berebut iphone je dengan mama. satu point di situ. HAHAHA. dan kalau dari segi RM, insya ALLAH mampu lagi. apa saja untuk mu syg (err, dan aku jugak) hehhe ;P



other choice is,


.

.

.





fuhhh! Ya ALLAH cun sangat kan!! yang ni memang lah sangat mengiurkan. aku dah jatuh cinta sejak kali pertama tengok dekat iklan. ehh, aku ni nak beli untuk aku ke untuk syg? HAHAHA. tapi bila tengok harga dia, terus pengsan. mahal nak mamp*s weh. ini dah tahap nak bagi hantaran kahwin ni. huhuh. yang ni kalau nak beli, kena tunggu harga jatuhhh sikit, lepas tu tong-tong dengan syg. baru adil. ecehhh. gila perangkap samar dokter faryn ni. HAHAHA.



tulah antara dua benda yang aku duk terfikir nak labur kat syg. tapi rasanya yang option num 2 tu sekian wassalam je lah. so lebih kurang macam ala-ala satu option je lah. hukhukhuk.



errr, tapi yang kat atas ni more like what i want. hehe. aku tau syg ni bukan jenis nak membazir tak tentu hala. nasib baik jugak. kalau laki bini jenis materialistik, harussss kais pagi makan pagi le cik puan. :)



okey, these are the things yang i thought syg should have pulak.


.

.

.




definitely, a new phone. yang ini masih di dalam budget. ke nak beli iphone 4s. ermmm, takpe nanti bincang. syg ni kan punya lah jenis tak kesah, dia pakai je hTc lama aku sejak xperia dia rosak. orang lain sebok ber-whatapps, dia layankannn aje solitaire dalam hTc. suci kan laki saya :)


atau,




bagi accessories sikit dekat dalam captiva tu. plus, kitorang ni manjang sesat je kalau nak berjalan-jalan. alamak, kang syg terasa pulak. HHAHHAHA. actually, syg macam ada kepingin satu car accessories ni, yang complete dengan reverse screen, GPS bagai. tapi yang tu memang sekian wassalam jugak lah, sebab memang melampau lah dokter faryn nak spend 2.5k++ untuk kereta. huhu. at least yang ini, ada diskaun dekat GROUPON. kuang,kuang,kuang.



tapi kan, sebenarnya syg ni, dia ada hadiah idaman dia. aku tau. cuma dia je tak cakap. elehh, nak suruh aku yang beriya nak belikan lah tu. hehehehhe. especially yang ni.





mesti melelehhhh air liur syg. aku rasa, belum ada lagi kedai boot yang syg tak jejak. dapat usya je pun jadi lah. korang kena tengok macam mana syg kalau usya boot. uihshhh kalah aku usya handbag beb. siap sampai berpeluh-peluh tangan. HAHAHA. kronik laki aku ni. hehhe. tapi dari dulu aku nak belikan syg tolak. dia kata boots yang dekat rumah tu elok lagi. kan aku dah kata syg ni seorang yang berhemah. hehe.


lagi satu idaman syg ialah,


.

.

.




whoaaa. syg memang dah lama mengidam nak basikal. sebab dia kata dia dah tua untuk jogging. lutut dah longgar. so untuk mengekalkan stamina yang mantap, he needs to cycle. maklumlah, syg ni kan fitness freak. (tak macam wife dia yang sudah gedempol ini) isk.isk. anyway, kalau nak beli basikal, memang akan kena survey dengan bersungguh-sungguh jugak. sebab syg ni walaupun dia berhemah, bab-bab kesihatan ni dia akan bertukar menjadi kureng berhemah sikit. no money can buy health. so mesti akan all out punya laki aku ni looking for the best. huhuh. tapi takpe, still anything for u syg. hehhhe.



that's about it lah. aku ni memang parah sikit kalau nak beli pressie untuk kaum adam ni. kawan-kawan sekelian tolong lah bagi idea eh. paling cikai pun, vote lah sikit yang mana paling berbaloi nak bagi dengan syg. cuba korang imagine macam korang yang nak belikan hadiah untuk hubby korang. setahun sekali je beb. takpelah, saya membazir sikit kan.



so yang mana? yang kegunaan bersama ke? yang si dia perlukan ke (walaupun dia takdelah teringin sangat)? or yang dia memang nak sangat (yang takde kena mengena dengan kita)?



ayat last tu menghasut gila. HAHAHA.



till then peeps.
ingatlah orang yang tersayang :)

(eh, tiba-tiba)




1 comment:

  1. byknya pilihan.. klu aku, beli yg utk kegunaan bersama, tapi jgn la nmpk sgt ko nak pakai mula2 tu, cover skit.. hahaha

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...