Life is best when you are in love.
assalamualaikum, hai semua :)
alhamdulillah, akhirnya dokter faryn berjaya memecah kesunyian belog yang dah bersarang ni. ini pun harap-harap berkesudahan lah entri aku ni. takut silap-silap kang, bercerita tak sudah. kuikuikui.
sampai bulan raya pun dah habis ek. gambar raya pun aku tak menyempat nak upload. nak kata busy sangat tu takde lah pun. tapi entah lah, sejak-sejak berbadan dua ni (ayat tak tahan), mood dokter faryn ni sedikit "swing". entah kepehal. yang paling tak seronok nya tu, bila mood untuk bershopping mak aihhh merundum habis. gila kau, macam tak percaya. bak kata member-member dokter aku, aku ni dah macam ANHEDONIA. haaa, apakah itu? sila google sendiri ye. dah tau, bagitau saye ek. :D
subhanallah, pregnancy aku so far, so good. dah takde dah segala bleeding bagai tu. dan hopefully my baby will stay strong inside my tummy. boy ke girl belum tau lagi ye, harap maklum :) maybe dokter faryn akan mem-biarlah rahsia-kan sampai ke sudah kut. we will see macam mana ye kawan-kawan sekelian alam :)
sedikit pics raya. kalau perasan, kitorang sefamili baju sama je untuk family portrait dua-dua belah family. almaklum lah aku kan anhedonia. so lenjan kan aje lah. sebenarnya ada lah dua-tiga pasang baju. tapi tiba-tiba nak menggayakan, tengok-tengok dah ketat di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. so terus bad mood. so semua anak beranak kena paksa pakai baju yang sama. HAHAHA.
raya pertama di kepong, sebelah suami. family besaaaaaaarrrrr. sukaa sangat! tapi ni pun tak cukup korum ni. |
cik puan curly fries sangat-sangat dah big girllll kannnnnn!!! *sob*sob* |
camtu lah sikit lebih kurang. hehehhe. gambar kat kepong tak banyak sebab orang yang tukang ambik gambarnya masih belum upload-upload lagi gambar. HAHA. yang kat kluang pulak, sikit punya ramai yang tangkas lagi pantas meng-upload. so senang sikit nak meng-cilok. kuikui.
ada banyak gosip lagi sebenarnya, tapi nanti lah sambung. sebab tiba-tiba gua sudah mengantuks. jangan serik jengah-jengah ek.
nite olls ;)
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*
xnmpk pun perut ko.. hehe..cepatlah update lagi gosip tuwww.. :-p rindu nk dgr gosip2 ko. hehehe
ReplyDeletecongrats, 'aina nak jd kakak dah..
ReplyDelete