To improve is to change; to be perfect is to change often.
assalamualaikum, hai semua :)
okey, tajuk aku tu memang sedikit over tak hengat. hahahahha. takde lah, sebenarnya ada cerita di sebalik tajuk entri ni tau. jeng, jeng, jeng. mesti dah senak-senak je rasa parut lama cser kawan kawan sekelian alam yang operate dulu-dulu tu kan. kui, kui.
gila kejam ayat dokter faryn. :P
anyway, tadi belek-belek email, tetiba TERRRrrr lah pulak baca satu email ni. dan subhanallah, aku lupa nak balas. serius, dah lupa. niat nak membalas tu memang ada, tapi tu lah. so, here we go.
assalam dr faryn,
hai, salam kenal, sy follow blog awk, dan sy pn blogger jugak, nk tanye sket boleh x? sy nk tau knp ada org ceaser, ada yg kena bukak jahitan die, ada yg terus jd isi ek? apa faktor2 yg menyebabkn doktor2 utk pilih jahitan jenis yg jd isi terus or jahitan yg kena buka?
hrp dpt ler kiranya awk jelaskan sikit.. hehehe... thanks
tukang pengirim nya kata dia pemollow belog i, so rasanya tak payah lah nak meng-reveal siapa ek. harap-harap awak dapat lah jawapan nya dari sini. hehehehhe. to be honest, mula-mula masa baca email ni, aku tak paham jadah dapat apa yang cuba dia sampaikan. agak sedikit confuse dengan ayat dia kut. almaklum lah, masa SPM dulu BM dokter faryn ni A2 ye kawan-kawan. so memang lemah sikit tatabahasa melayu ni. ewah. hahahahaha.
tapi setelah aku cuba mentelaah dengan penuh teliti dan membuat rujukan dengan pakar dewan bahasa dan pustaka (okey, ni memang over lah kan), merangkap colleague aku, baaaaaaaaaaaaaruuuuu lah aku faham.
ayat dokternya, dia nak tanya,
" absorbable suture versus non-absorbable suture for Cesarean skin closure, means no need STO (suture to open) versus need STO"
ayat senangnya,
" jahitan pada kulit lepas operation cser yang kena bukak versus tak payah bukak (jahitan lupus sendiri)"
haaaaaaaa. faham? tapi taktau lah pulak kalau lain pulak sebenarnya maksud dia kan. HAHAHHA. sori lah beb, kalau kita tersalah tafsir pulak. :)
okey macam ni,
kebiasaannya majoriti cser ni memang kita akan jahit kulit dia guna suture (benang) yang lupus sendiri. maksudnya lepas dalam seminggu atau paling lama mungkin 2minggu macam tu, jahitan tu dah sembuh, and nampak macam suci gila je kat luar. tak perlu nak kena bukak jahitan lagi. kita akan jahit yang jenis korang takkan perasan pun jahitan dia (subcuticular method), unless dokter tu memang jahit huduh sangat lah kan. i dont know what to say lah. hehehhe. kalau dia sembuh dengan cantik, kadang-kadang takkan perasan pun yang pernah buat cser, sebab halus sangat scar dia.
but in certain cases, memang nak taknak, kita terpaksa buat jahitan guna benang yang tak lupus. means, kena bukak balik benang tu bila luka dah sembuh. usually after 10days post op. selalu kes yang terpilih ni, ialah kes yang kita expect patient akan ada problem dengan wound healing process dia. contoh patient yang on gila-gila high dose of insulin. ataupun patient yang kita takut complication, contoh patient yang ada masalah dengan pembekuan darah. so kita takut ada hematoma (darah beku) so, kita buat jahitan jenis ni. kalau jenis jahitan macam ni, selalu scar dia mungkin sedikit tak kosmetik lah. macam gaya-gaya lipan menjalar di perut gitu.
tapi sebenarnya parut pada kulit tu akan jadi cantik ke tak depends pada orang jugak. tengok wound healing dia macam mana. itu yang kadang cantik sangat parut, kadang tu pulak ada yang sampai timbul-timbul (keloid). setiap orang lain process dia. dan banyak sangat factor yang mempengaruhi wound healing ni. kalau ikut medical school, ada satu chapter nak cerita pasal wound healing ni. so memang takde harapan lah dokter faryn nak elaborate gila-gila dekat sini. pengsan wa. hhehehhe.
but i tell you, parut luar cantik ke tak cantik, tak menjamin kesudahan yang di dalam tu. parut luar cantik, tapi bila bukak dalam subhanALLAH melekat-lekat teruknyaaaaa!. dan ada jugak yang luar dah nampak macam mak lipan menjalar, tapi kat dalam, masya ALLAH suciiiiiii macam anak dara. hmmm, so kesimpulannya, we never know.
harap-harap betul lah ni jawapan yang pengirim email tu nak yer. sila bagitau yer kalau silap. malu besar lah dokter faryn nanti. hahahahhha.
okey, selingan.
okey dah. tata :)
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*
hish anak dara sorang ni..makin cantik tau..geram
ReplyDeletethanks dr faryn, dh menjawab persoalan sy, dh lame x blogwalking, tgu jgk reply kt emel tp xde, rupanya ada terblog di sini, thanks sekali lg ye :)
ReplyDelete