passer by since 1st feb 2010

Tuesday, May 19, 2015

Pembedahan Ghaib?


As with eggs, there is no such thing as a poor doctor. Doctors are either good or bad.


assalamualaikum, hai semua :)


ni cerita the other day. first of all, aku share sebab aku concern. bukan nak mengaibkan mana-mana pihak. I will leave to you all to judge. 
secondly, sebab aku rinduuuu nau nau nak bercerita dengan korang pasal kedokteran stuffs. hihi.
thirdly, this is gonna be quite a lengthy entry, kalau berminat baca lah samai habis ye. kalau tak better dont start reading. sebab dokterfaryn kalau dah mula membebel, memang tak berkesudahan ye. *peace*


kisahnya macam ni. 


I had this one patient yang memang aku follow-up dia since November last year (2014). budak perempuan muda lagi la... dalam late twenties camtu la. dah berkahwin, tapi belum ada anak. adik ni dah pernah buat Laparotomy Ovarian Cystectomy (operation buang ketumbuhan pada kilang telur) dalam few years back. dua kali. and unfortunately, the cyst has recurred. memang dia agak stress la sebab dia takut betul nak kena operate lagi.


(read : ENDOMETRIOSIS credits to wikipedia)


yang lagi tak berapa seronok tu, bukan setakat cyst tu dah datang balik. kali ni cyst tu lebih besar. dalam lebih kurang 8cm x 7cm macam tu. kalau kita check kat perut tu, size dia dah lebih kurang macam orang mengandung 16wk which is about 4 bln pregnant camtu. so i was worried. aku advise dia untuk di-refer ke hospital for futher management la. iaitu untuk check balik and monitor tumour markers plus KIV operation balik. sebab cyst besar-besar ni ada risk untuk twisted/ruptured or dalam kes dia mungkin hemorrhagic cyst. 


endometriosis/endometriotic cyst ni memang susah sikit tak tackle. sebab risk of recurrence is always there. selagi dalam badan kau, still ada uterus and still ada ovaries producing hormones, selagi tu risk of recurrence tu akan menghantui kau (and doctors). sebab tu counselling sebelum operation tu sangatlah penting. ada patient ingat, lepas operate cyst (cystectomy) masalah dia selesai. memang tak lah, sebab ovaries/uterus semua still ada. kalau tak berulang, alhamdulillah. kalau berulang, itu memang tak mustahil. sebab dokter bukan tuhan.


so memang ada je, patient yang banyak kali kena undergo multiple operations because of the recurrence. especially young patient yang belum kawen, or patient yang still belum ada anak. kesian kan. kalau patient yang dah completed family, or yang dah over 45yrs of age, or patient yang memang super teruk symtoms dia (bleeding yang sampai dah makan ubat pun tak ok and kena transfuse darah banyak kali, atau sakit senggugut yang subhanallah hanya tuhan yang tahu, asyik kena ambik painkiller injection setiap kali period, kurus kering tak lalu makan sebab menanggung kesakitan yang berterusan) then memang kita akan offer pelvic clearance. meaning, kita akan remove semua ; uterus dengan ovaries.


nampak macam sadistik kan. tapi tu lah realiti nye. sebab tu kawan-kawan sekelian alam, bersyukur lah kita-kita yang kadang-kadang merungut tak kena tempat bila kita datang haid. bayangkan keadaan perempuan-perempuan lain yang jauh lagi sengsara bila dorang datang haid. 


ok back to cerita adik tadi. dah tersasar jauh plak dokterfaryn. haha.


well, she refused a referral to hospital. aku tak terkejut la. mungkin adik ni dah trauma. huhu. aku cakap jelas-jelas, aku memang strongly advise untuk pergi hospital, explained the risks and all. but in view of patient was asymtomatic, aku cakap, kalau dia memang sangat sangat sangat sangat sangat tak nak jugak pergi hospital, at least datang la monthly jumpa aku untuk aku repeat scan and monitor the size of the cyst. and at any time, kalau dia ada sakit perut mesti terus ke hospital. dia angguk je. mak and husband yang ada sekali masa tu pun angguk je. ok fine, aku assumed dorang faham. ni cerita bulan November ye kawan-kawan.


dan of course dia tak datang. sampai lah last month (April) dia datang. this time, aku repeat scan. macam yang aku dah jangka kan, cyst tu dah getting bigger. kali ni, size dah 12cm x 9cm macam tu. lebih kurang size perut mengandung dalam 18wk (dekat-dekat 5bln ngandung) gitu. so, back to square one. aku explained and this time aku memang tekan kan kaw kaw pasal follow up rawatan dekat hospital. dont want to take risk anymore. lagipun kalau cyst tu makin membesar, ada small risk of malignancy (bertukar jadi cancer) unless proven otherwise. patient, mak patient dan husband patient angguk dan faham la kut.


guess what. still tak pergi hospital. baru-baru ni, datang jumpa aku balik. muka berseri-seri kali ni nak mintak aku tolong repeat scan. 


"macam mana? dah pergi hospital tak?"
"belum doc. tapi saya baru lepas buat 'pembedahan ghaib'"


hah? pembedahan ghaib kejadah pulak ni. first time aku dengar ni. biar betul. ok curious.


"buat kat mana?"
"dengan sorang ni. kat taman ***"
"ooo ye ke? berapa awak kena tu.."


alamak. dekat kawasan perumahan aku je. erk. masa ni aku dah mula baringkan patient nak scan. kebiasaan, meman aku akan palpate dulu perut patient sebelum scan. emmm, still macam orang pregnant 18-20wk ni. aku tengok mak patient and husband patient muka macam tengah suspen.


"boleh la doc. tapi takde lah semahal operation kat hospital."
"oo ok. berapa tu?"
"4ribu doc"


perghhhhhhhh!!! kepala *otakkkk! aku cuba buat muka cool lagi. masa ni aku dah mula perasan ada kesan macam garikan kat perut dia belah kanan. ada dua line garikan panjang macam tu. just superficial abrasions je, but i guess it must have been quite painful jugak.


"dia ada tunjuk ke benda yang dia bedah tu, sakit tak masa tu?"
"takde doc. ni kan dia buat pembedahan ghaib. sakit masa buat tu.. memang sakit jugak la."


there, she confirmed it.


"tempat yang awak buat 'pembedahan' ni, ada macam centre ke, pusat rawatan ke?"
"takde la doc. dia buat dekat rumah dia je."


mak datukkk aii. kau biar betul dik. nasib baik aku dah tak sampai hati nak tanya soalan-soalan seterusnya sebab aku dah mula scan. dan memang la cyst tu ada lagi. besarrrrrrrr pulak tu. adoi. aku explained dah tunjuk kat semua. muka mak dengan husband memang dah berubah habis. aku taktau nak label macam mana, mungkin frustration, dissappointment, anger? tapi patient muka macam nak nangis. tak sanggup aku.


4ribu banyak tu kawan-kawan sekelian. siapa lah manusia yang sanggup aniaya orang sampai macam ni. aku faham patient memang tengah vulnerable, desperately hoping for some miracles to happen. tapi tak baik lah kalau sesetengah orang amik kesempatan kut lagu ni. i really dont have the words for this.


ok jangan salah anggap dengan entry ni ok. walaupon aku dokter, i never reject the possibilities of what alternative medicines can offer. but having said this, tak bermakna, korang boleh take things for granted. tak salah cuba rawatan alternatif tapi biarlah berpada-pada dan tidak memudaratkan. dan biarlah yang syariah-compliance. even aku pun ada suggest dekat patient. and itu pun selepas dah di-rule-out segala medical diagnosis. contoh, 


perut tetiba kembung tak bersebab. dah check merata dekat hospital goc dan swasta, dah ambik darah segala bagai, buat CT scan, MRI bagai. dah amik air dalam perut (peritoneal tapping) check untuk rule out cancer/TB?whatever. tapi semua result balik normal. basically, there is nothing wrong (medically) with this guy except for perut kembung tak normal yang tak surut-surut. so kes macam ni? no harm la try rawatan alternatif kan. i prefer perubatan islam. dengan izin Allah sembuh, siapa tahu? kita ikhtiar kan.


tapi untuk kes adik ni. memang totally a NO. memang totally unacceptable. aku terkilan sebab aku jumpa dia dari november last year kut. dia boleh pulak pergi buat 'pembedahan ghaib'. yang aku nampak ghaib, satu benda je.


DUIT 4 RIBU dia!


*pic credit to google


4k tu boleh top up duit untuk dia buat IVF (in vitro fertilization) kut kalau-kalau lah still tak pregnant in the future. sebab endometriosis memang a known case associated with infertility. adoi adik.


ok dokterfaryn dah emo. bye.


writing @ 1116hrs


3 comments:

  1. hari tu xsempat nk komen kt fb, ok sini lg besh cite doc. gerammmm jugakkk. pernah x tgk 1video dia buat pmbedahan ghaib ke ntah, tp siap keluar darah bagai tu, tu mcm ok sket kot nampak la benda nya tubik. n for me benda gitu ada khadam la kan. yg ghaib ni cmne agaknya kan. hadeihhh 4k, pergi iui dulu ke, hwaaaaa.....

    tp doc, honestly org yg xde anak ni mmg akan desperate sgt, mcm hany dulu, cuba suppliment itu ini kan,tapi kalau total kan semua, dh boleh buat iui kot. hahaa tp serius memang desperate sgt. last2, stop semua go to pakar. lepas dh thau apa problem, amek suppliment and usaha jugak dgn pakar.

    doc, my husband slalu sakit belakang, since dr zaman u lagi, everything dh pergi, mri,ct n so onn lah, pergi physio bagai. tp doc cakap xde sakit apa, go to ust harun din, takde gangguan apa2. tp bila dia sakit doc, duduk xleh,bgn xleh,baring xleh...nak gantung je rasa....and last year ada doc ckp maybe fibromyalgia.....hahaa sori kalau salah ejan. apa tu sakit yg sebenarnya tak sakit, tapi otak tafsir as sakit,padahal tak sakit pun. boleh buat entri tak about this...tq in advance ;)

    ReplyDelete
  2. salam.
    Saya pernah gak dengar pasal bedah ghaib ni. Tapi tak sure berkesan ker idak.. hehe

    ReplyDelete
  3. kesian n sedih bagi pihak budak tuh..tak pasal2 kena tipu..hukhuk..so mcm mane die skang..still refuse to go to hosp ker.patut mak n suami die tolong pujuk die gi hosp utk kebaikan die jugak kan..T_T

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...