passer by since 1st feb 2010

Friday, May 15, 2015

AZALEA : rambut dah panjang!



You and I are sisters. Always remember that if you fall, i will pick you up as soon as i finish laughing.


assalamualaikum, hai semua :)


nak cerita pasal cik puan azalea si genit. hehe. cik puan azalea ni aku tak tau ikut perangai siapa. garang betul (hihi). pastu kerja asyik bergaduh je dua ketul kerintings aku ni. pening kepala mama. maybe sebab kakak aina selalu jeles kalau mama terover layan adik. lepas tu adik plak jenis yang tak boleh tengok kakak aina senang. ada je yang dia nak rebutkan dengan kakak aina. sabo je lah aku.


pastu nak jadi cerita, hari tu aku tengok rambut cik puan azalea dah serabut macam sarang tebuan, aku cuba-cuba la nak "jalin" rambut dia. saje je lah kan. tak pernah try.





sekali tu boleh dah kau. dah panjang jugak rupanya rambut baby mama ni. huhu. sedihh pulak. emo ok. aku memang tak reti la nak melilit bagai yang macam lipan dari atas kepala tu. memang tak lulus-lulus dari dulu hahaha.





lepas dah ikat tu, cik puan azalea asyik pegang-pegang ekor rambut dia. dia memang tak suka ikat rambut. tapi bila mama cakap dia dah jadi macam queen elsa, terus asyik angauuuuuu je dah pulak. hahahha. perasan betul!





tengok tuuu. muka bangga tak menahaaaaaaannnnn!



dan lagiiii. dah macam gambar kompilasi album je. kuikui. nampak macam so sweeeeeeet and harmless je kan cik puan azalea ni. padahal, hanya mama dan ayah je yang tau. hehehhe.


lepas tu seperti biasa, semasa seorang budak tengah berangan jadik queen elsa main pintal-pintal rambut, seorang lagi budak dah menyorok belakang pintu merajuk. hihi. jeles sebab mama asyik ambik gambar adik je. 


"kite pun nak jugak!"





baru lahhhh manissss muka tu. hai lah anak. hehehhe. pastu bergado dengan adik, sebab adik stress kenapa rambut kakak lagi panjang. pulakkkk. hahahha. cik puan aina ni senang je nak pujuk dia bila dia ingat aku selalu sayang adik je, aku terus peluk dia, pipi ke pipi pastu bawak gi tengok cermin, pastu cakap;

"tengok ni. muka kita sama tak? sama kannnnn. sebab tu mama sayang kakak ainaaaa"


terus gelak-gelak suka. modal pujuk cik puan aina dari dulu. hihihih. tapi pastu dia pulak guna modal tu kat adik bila gaduh.

"muka kakak sama macam mama. muka adik tak sama. muka adik sama dengan ayahhh."


aaaaaahhhh sudah. memang never ending tau budak budak ni. hahahaha.



no matter what, i love u both my cik puan kerintings! 


hari ni kita pergi jalan-jalan mandi kolam ok :)





1 comment:

  1. haha. comelnya dua ketul ni. aku pun sama la menghadapi krisis anak2 bgaduh bising rumah berebut2. selalu aqil lah jadi mangsa kena marah dan kena beralah. sian aqil hehe

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...